0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Abon terbabas masuk longkang

| Ahad, 3 Februari 2013

Mersing: Pelawak dan pelakon terkenal, Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 53, sanggup meninggalkan kenderaannya yang terbabas di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau di sini dan menumpang kenderaan lain untuk ke Dataran Pulau, Mersing, semata-mata kerana enggan menghampakan peminatnya.
Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, Abon dikatakan dalam perjalanan ke Mersing menghadiri majlis My Beautiful Malaysia dari Gambang, Kuantan, Pahang, sebelum kereta BMW dipandunya terbabas.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak melemahkan semangat pelawak terkenal itu, sebaliknya beliau menumpang orang ramai yang melalui jalan itu untuk meneruskan perjalanan.
Abon ketika ditemui berkata, dia enggan menghampakan ribuan peminat yang sedia menunggu di Dataran Pulau, Mersing menyebabkannya nekad meninggalkan keretanya di tempat kejadian.

"Saya baru selesai menghadiri majlis makan malam di Gambang malam semalam (kelmarin) sebelum bertolak ke Mersing pagi tadi (semalam) bagi memenuhi undangan majlis ini.

"Ketika kejadian saya memandu pada kelajuan biasa kerana hujan baru berhenti dan jalan licin. Bagaimanapun, ketika membelok di satu selekoh kereta terbabas ke kanan menyebabkannya melanggar tebing tanah dan terperosok dalam longkang," katanya.
Foto
KERETA Abon terbabas ketika melalui jalan licin.

0 komen:

Catat Ulasan