0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

strategi benam Qatar

| Isnin, 4 Februari 2013

Doha: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal sudah mendapat ilham untuk menerapkan strategi terbaik bagi berdepan skuad Qatar yang tampak seperti pasukan 'Singapura Timur Tengah' kerana dibarisi ramai pemain naturalisasi.

Biarpun sedar faktor fizikal tidak memihak kepada Harimau Malaya, pengendali negara itu mahu anak buahnya turun beraksi pada aksi sulung kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Jassim Bin Hamad esok tanpa perasaan gentar.
"Kita perlu sedar pasukan ini di tahap berbeza, Saya akan beritahu pemain, apa game plan (strategi permainan) kita untuk beri cabaran kepada Qatar.
 
Qatar memiliki pemain terbaik di setiap posisi dengan tujuh atau lapan pemain naturalisasi, saya bukan mahu memberi alasan tapi kita perlu terima hakikat ini," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di padang Kompleks Sukan Aspire, Doha semalam.

Dalam cuaca sejuk dengan suhu sekitar 16 darjah Celsius, 24 pemain skuad kebangsaan gigih menjalani latihan sebaik tiba di Doha, Sabtu lalu selepas tumpas 0-3 kepada Iraq pada perlawanan persahabatan di Dubai, sehari sebelum itu.

"Angin agak kuat, cuaca sejuk ini tidak dijangka, saya harap dua, tiga hari sebelum perlawanan, pemain akan menyesuaikan diri dengan cuaca ini sebelum menentang Qatar," kata Rajagobal.
Tidak dinafikan situasi bola mati antara peluang terbaik skuad kebangsaan memburu gol namun tanpa kehadiran pakar sepakan percuma, Safiq Rahim yang digantung perlawanan, Rajagobal kini mengharapkan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak memikul tugas itu.

"Kita ada beberapa pemain yang boleh mengambil sepakan percuma seperti Aidil dan beberapa pemain lain, saya akan tentukan siapa yang akan mengambil tugas itu."

0 komen:

Catat Ulasan