0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Ejen-ejen perisikan pantau rumah Jamalul Kiram

| Khamis, 7 Mac 2013

MANILA, Filipina - Seorang pegawai Biro Penyiasatan Negara (NBI) Filipina mengaku menghantar beberapa orang ejen ke rumah Sultan Jamalul Kiram III (gambar) di bandar Taguig, di selatan bandar raya ini, lapor akhbar Daily Inquirer semalam.
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perisikan NBI, Reynaldo Esmeralda berkata, ia merupakan operasi yang diluluskan pejabatnya.
 
Ia turut mendapat kebenaran daripada Timbalan Pengarah Perkhidmatan Penyiasatan Khas, Ruel Lasala.
"Tugas yang diberikan kepada ejen-ejen tersebut adalah untuk memantau kediaman keluarga Jamalul Kiram," kata Esmeralda.
Tindakan menghantar ejen-ejen tersebut telah menyebabkan kawalan keselamatan di rumah keluarga Jamalul Kiram diperketatkan.
 
Pendedahan itu dibuat selepas seorang jurucakap keluarga Jamalul Kiram berkata, tiga orang lelaki telah memperkenalkan diri mereka sebagai kru sebuah stesen televisyen dan kemudian berlegar-legar di dalam rumah tersebut kelmarin.
Ketika ditanya pemberita kenapa ejen-ejen itu menyamar sebagai anggota media, Esmeralda berkata, pihaknya akan mendapat bantuan kakitangan media jika mereka sukar untuk memasuki rumah Jamalul Kiram

0 komen:

Catat Ulasan