0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

ISU LAHAD DATU - Dr. Rozmey sumbang RM150,000

| Isnin, 4 Mac 2013

ALOR SETAR 4 Mac - Usahawan produk kesihatan, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din menyumbang sebanyak RM150,000 kepada waris anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Che Rozmey berkata, sumbangan itu bagi menghargai jasa dan pengorbanan Asisten Supritendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud dalam mempertahankan kedaulatan negara.
 
Sumbangan itu meliputi pemberian wang tunai sebanyak RM15,000 dan pakej umrah dan ziarah bernilai RM15,000 kepada kedua-dua balu, upah haji RM2,000 untuk arwah Sabarudin serta polisi insurans pendidikan untuk anak-anak Zulkifli bernilai lebih RM75,000.

0 komen:

Catat Ulasan