Kota Bharu: Taktik dua lelaki yang disyaki menggunakan nombor siri palsu bagi mendapatkan wang RM1,500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Orang Muda di sebuah sekolah di Tumpat, bulan lalu terbongkar apabila mereka ditahan polis, Khamis lalu.
Lelaki berusia 28 dan 37 tahun itu ditangkap di Kampung Morak dan Cabang Empat, Tumpat selepas mengambil wang bantuan itu di sebuah sekolah di Palekbang pada 21 Februari lalu.
Sumber berkata, ketika pengagihan wang itu, pengurusan mendapati ada enam penerima masih belum menerima bantuan itu.
Sumber berkata, ketika pengagihan wang itu, pengurusan mendapati ada enam penerima masih belum menerima bantuan itu.
Menurutnya, seorang suspek kemudian menggunakan enam baucar dan menerima RM1,500 sekali gus.
0 komen:
Catat Ulasan