0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Saya gembira dipanggil - Piya

| Rabu, 6 Mac 2013

KOTA BAHARU - Saya gembira apabila dipanggil untuk menyertai Harimau Malaya," kata ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Mohd. Radzi atau Piya.
Mohd. Badri berkata, penantiannya untuk menyertai kem kebangsaan, tamat apabila diberitahu namanya tersenarai dalam 27 pemain pilihan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen pada 22 Mac ini.
 
Bagaimanapun, Mohd. Badri yang berasal dari sini berkata, walaupun dipanggil untuk menjalani latihan, dia bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kedudukannya sebagai pemain dalam kesebelasan utama pasukan.
Semua pemain mahu menyertai skuad kebangsaan termasuk saya. Ini adalah peluang terbaik untuk saya membuktikan kemampuan selain membalas kepercayaan yang diberikan itu," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
 
Mohd. Badri yang cukup bersedia untuk memberikan persembahan terbaik itu turut menghargai kepercayaan Rajagobal untuk dia beraksi di peringkat antarabangsa.
Apa yang saya boleh janjikan, hanya persembahan terbaik sekiranya dapat beraksi ketika perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi pada 17 Mac ini dan itu adalah ujian pertama saya," katanya.
Akhbar semalam melaporkan arkitek utama Kelantan itu mendapat berita gembira setelah Rajagobal turut menyenaraikannya antara 27 pemain pilihan dan perlu melaporkan diri di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 11 Mac ini untuk menjalani latihan.
 
Kancah bola sepak negara sebelum ini kecoh apabila timbul dakwaan daripada pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal yang menyatakan bahawa Mohd. Badri pernah menolak tawaran buntuk menyarung jersi bersama skuad kebangsaan.
Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan Mohd. Badri, sebaliknya menegaskan, dia hanya dipanggil ketika perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, dua tahun lepas.
Subahan turut menyatakan, nama Piya ada dalam senarai 34 pemain bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Doha, 6 Februari lalu, namun terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada Mohd. Amri Yahyah yang dipanggil pada saat akhir.


0 komen:

Catat Ulasan