0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Sila buat persembahan di final China Idol

| Jumaat, 21 Jun 2013

Apabila Shila Amzah mengatakan dirinya terseksa dan bagai berada di kem tahanan tentera apabila ditanya mengenai kehidupannya di Shanghai, China, tentulah ia mengundang kejutan buat sekumpulan wakil media yang menemubual penyanyi berkenaan, baru-baru ini. Bukan bercakap kosong, tetapi anak gadis artis serba-boleh, ND Lala, itu turut mengaku berat badannya turun gara-gara situasi dialaminya.

 
"Sha akui tertekan berada di sana. Ada ketika Sha menangis kerana tidak tahan menghadapi cabaran berada di perantauan. Perkara ini berlaku kerana pihak pengurusan di sana, Shanghai Media Group (SMG), begitu tegas mengawal perjalanan seni Sha. Mereka mahu Sha menjadi artis antarabangsa berkarisma. Sebab itulah mereka sangat tegas dengan soal penguasaan bahasa Mandarin, dan paling utama, penampilan fizikal.


"Mereka berkata, tubuh Sha sebelum ini sangat berisi. Mereka mahu Sha turunkan berat sebanyak 10 kilogram (kg). Ketika itu berat Sha 62 kg dan dalam masa hampir sebulan, Sha berjaya menurunkan sebanyak 4 kg. Kini Sha berusaha untuk menurunkan sedikit lagi, sehingga mencapai berat yang dimahukan," kata penyanyi yang senang membahasakan dirinya Sha.

Shila pulang ke Kuala Lumpur selama dua minggu untuk menunaikan tanggungjawab kerja yang sudah dimeterai sebelum ini.

Buat persembahan di final China Idol

Selain menjaga pemakanan dan bersenam di gimnasium, penyanyi Patah Seribu ini juga giat mempelajari bahasa Mandarin untuk memudahkannya berkomunikasi bersama peminat di sana.
"Untuk percakapan seharian, Sha rasa sudah OK. Cuma, untuk temubual di kaca TV, ia memerlukan nahu yang betul, jadi Sha masih lagi belajar dengan tutor peribadi.

"Sha diberi masa dua bulan untuk menguasai bahasa itu sebelum membuat persembahan pada malam final China Idol, yang dijangka berlangsung penghujung Ogos nanti," ceritanya lagi.

0 komen:

Catat Ulasan