0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

SUKMA XVI Pentas Atlet Muda Asah Taring!

| Ahad, 30 Jun 2013

Sukan Malaysia (SUKMA) XVI 28 Jun – 7 Julai 2013. SUKMA. Pentas atlet muda asah skill masing-masing dan tempat mengaut sebanyak mana pengalaman berharga. SUKMA antara tempat paling strategik untuk lahirkan lebih ramai pemain bertaraf antarabangsa. Serius, jika atlet SUKMA yang berbakat besar tak terlepas pandang, ambe yakin kita bakal ada limpahan pemain bintang!

Venue Sukan Malaysia XVI 2013

SUKMA yang pertama kali diadakan pada tahun 1986 kini sudah menjadi medan terbaik mencari pemain pelapis pelbagai disiplin sukan. Antaranya bola sepak pantai, futsal, ping pong, ragbi, judo dan lawan pedang. Ini antara sukan yang belum lagi mekar harum di mata peminat sukan Malaysia, tapi ambe yakin YB KJ mampu menerbitkan sinar baru buat pemain pelapis negara.
Andai berkelapangan, jom kita sama-sama memberi sokongan kepada pemain muda negara yang mewakili negeri masing-masing beraksi di serata venue di Lembah Klang. Antaranya;
  1. Gelanggang Bola Sepak Pantai MDKL, Pantai Morib Banting – Bola sepak pantai
  2. Gelanggang Bola Tampar Pantai Seksyen 19, Shah Alam -  Bola tampar pantai
  3. Dewan Bola Tampar Seksyen 4 & 19 Shah Alam – Bola tampar dewan
  4. South City Plaza, Seri Kembangan – Bina badan & Muay Thai
  5. Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5 – Ekuestrian
  6. Universiti Putra Malaysia – Ragbi & Sofbol
Ayuh atlet muda Malaysia, bersukanlah penuh semangat kesukanan. Pentas SUKMA pasti menjadi langkahan, kayuhan, hayunan terbaik untuk ke Sukan SEA.
Selamat berjaya khas buat Kontinjen Terengganu!
@hafizmd – SUKMA XVI 2013. Berita lanjut keputusan terkini rujuk laman INI.

0 komen:

Catat Ulasan