0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

1 maut 4 cedera loji Samsung di Korea bocor

| Isnin, 28 Januari 2013

SEOUL 29 Jan. - Sebuah loji membuat cip milik Samsung Electronics di Korea Selatan bocor dan mengeluarkan bahan kimia toksik, menyebabkan seorang maut dan empat lagi cedera.
Jurucakap Samsung berkata, kelima-lima mangsa itu adalah pekerja pembaik pulih yang dipanggil ke kilang di bandar Hwaseong itu, kira-kira 43 kilometer ke barat daya Seoul, kelmarin bagi menghentikan kebocoran.
 
Namun seorang daripada mangsa dimasukkan ke hospital semalam selepas mengadu sakit tekak serta dada dan meninggal dunia beberapa jam selepas itu, manakala empat lagi mangsa turut dimasukkan ke hospital tetapi telah dibenarkan keluar. - AFP

0 komen:

Catat Ulasan