KUALA LUMPUR 7 Jan. - Semalam, seluruh Stadium Putra Bukit Jalil gegak gempita apabila melihat aktor kacak lagi popular, Aaron Aziz mendukung si jelita, Adira dalam persembahan lagu Ombak Rindu sempena Anugerah Juara Lagu Ke-27. Sudah tentu banyak wanita yang selama ini meminati Aaron tiba-tiba menjadi cemburu melihat kemunculan pelakon itu. Bagaimanapun, sedikit pun tidak ada perasaan cemburu di hati Diyana Halik apabila melihat adegan mesra melibatkan suaminya itu yang berlangsung tidak sampai satu minit.
"Malah saya yang mengajar Aaron cara untuk mengangkat Adira, bimbang kalau dia terjatuh. Mereka hanya buat latihan sekali sahaja iaitu pada petang itu. Malam itu adalah kali kedua Aaron mengangkat Adira," katanya.
Tambah Diyana, dia bukanlah jenis isteri yang kuat cemburu kerana
tahu kerjaya suaminya banyak berhadapan dengan orang ramai.
0 komen:
Catat Ulasan