Kota Bharu: Kota Bharu pasti 'panas' malam ini! Apa tidaknya, kehadiran Norshahrul Idlan Talaha (kanan) yang berkunjung semula ke bandar ini buat pertama kali selepas kontroversi perpindahan menjadi tarikan ketika Johor Darul Takzim - pasukan dipenuhi bintang yang diwakilinya menentang bekas pasukannya, Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV.
Jadi tumpuan penyokong
Sudah tentu kelibat penyerang kebangsaan itu amat dinantikan bukan saja bekas rakan sepasukannya, tetapi juga penyokong fanatik The Red Warriors.
Dan persoalan menarik adakah Mat Yo bersedia menghadapi 'serangan' daripada segenap penjuru stadium atau adakah dia akan terus menambah derita Kelantan dengan menjaringkan gol untuk Johor DT pulang ceria.
0 komen:
Catat Ulasan