Perhimpunan KL112 atau dipanggil Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam, tidak mencapai matlamatnya. Jika perhimpunan itu menetapkan kehadiran sejuta orang, ia jauh daripada menepati sasaran. Angka sejuta yang digembar-gemburkan mungkin sebagai daya tarikan untuk menarik peserta menghadiri perhimpunan itu. Adalah mustahil untuk mengira satu persatu individu yang hadir, tetapi umumnya mengikut kebanyakan laporan, ia dianggarkan antara 40,000 hingga 50,000 orang.
Kebanyakan mereka datang dari seluruh negara kononnya mewakili perjuangan atau isu-isu yang mereka bangkitkan. Jika sejuta orang yang hadir, rasanya tidak ada kenderaan boleh bergerak di sekitar bandar raya Kuala Lumpur atau tidak ada lorong yang tidak ada peserta perhimpunan. Sewaktu perhimpunan berlangsung, keadaan lalu-lintas di sekitar Kuala Lumpur berjalan lancar.
Kebanyakan mereka datang dari seluruh negara kononnya mewakili perjuangan atau isu-isu yang mereka bangkitkan. Jika sejuta orang yang hadir, rasanya tidak ada kenderaan boleh bergerak di sekitar bandar raya Kuala Lumpur atau tidak ada lorong yang tidak ada peserta perhimpunan. Sewaktu perhimpunan berlangsung, keadaan lalu-lintas di sekitar Kuala Lumpur berjalan lancar.
Ramai gusar dengan matlamat perhimpunan itu, khasnya menyedari Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang kian hampir. Bagi kebanyakan orang, ia tidak lebih daripada tujuan pembangkang untuk menunjuk kekuatan. Jika ini cara menunjukkan kekuatan, mereka mungkin tersilap langkah kerana tidak semestinya 13 juta pemilih di luar sana menyokong tindakan mereka. Mereka yang tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan jauh lebih ramai daripada perhimpunan di stadium itu.
Bagi kebanyakan orang, ia tidak lebih daripada tujuan pembangkang untuk menunjuk kekuatan. Jika ini cara menunjukkan kekuatan, mereka mungkin tersilap langkah kerana tidak semestinya 13 juta pemilih di luar sana menyokong tindakan mereka. Mereka yang tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan jauh lebih ramai daripada perhimpunan di stadium itu.
Sedari sokongan kian luntur
Perhimpunan itu mungkin juga diadakan untuk menaikkan semula semangat pembangkang setelah menyedari sokongan terhadap parti mereka DAP, PAS dan PKR, kian luntur disebabkan isu yang tidak menyebelahi mereka kebelakangan ini. Yang jelas, ini bukanlah pertama kali pembangkang mengadakan perhimpunan untuk menunjuk pengaruh.
Biasanya, perhimpunan aman tidak memberi impak politik yang diharapkan oleh pembangkang. Dalam perhimpunan atau demonstrasi jalanan di mana-mana sekali pun di dunia, pertempuran dengan pihak berkuasa, adalah ukuran kejayaan sesuatu perhimpunan politik.
Itulah sebabnya kita lihat apabila berlaku kekacauan dalam perhimpunan, media asing akan menyiarkan visual dan berita mengenai di televisyen, berulang-kali. Sebaliknya, media asing tidak melihat nilai berita yang besar terhadap perhimpunan aman. Tidak ada sebab mereka mahu menunjukkan visual ucapan pemimpin pembangkang yang mereka tidak faham berulang-ulang melainkan jika berlaku perkelahian dan sebagainya.
Itulah sebabnya dalam perhimpunan seperti ini pihak berkuasa keselamatan tidak menggalakkan mereka membawa anak kecil kerana dikhuatiri berlaku kekecohan. Peraturan ini dilanggar oleh peserta.
Bukan kebangkitan rakyat
Bagi kerajaan, cara penilaian terhadap kejayaan dan kegagalan adalah berbeza. Jika pihak berkuasa keselamatan dapat mengawal perhimpunan daripada sebarang kekecohan, ia menunjukkan kejayaan dari segi kawalan keselamatan. Sebaliknya jika tercetus sesuatu perkara yang tidak diingini, tugas pihak berkuasa dianggap gagal. Perhimpunan yang diadakan semalam, tidak boleh dikategori sebagai perhimpunan kebangkitan rakyat.
Ini kerana ia adalah perhimpunan politik yang dirancang oleh parti politik pembangkang. Sebahagian besar mereka yang hadir adalah ahli parti, bukan rakyat yang benar-benar memperjuangkan hak mereka. Kehadiran ahli parti adalah sesuatu yang sudah dijangkakan. Selagi perhimpunan ini tidak membabitkan rakyat yang memperjuangkan hak mereka, ia adalah perhimpunan politik yang tujuannya adalah semata-mata untuk menunjuk kekuatan.
0 komen:
Catat Ulasan