Jakarta: Syarikat dan pengguna mula mengira kerosakan dan kerugian akibat banjir besar di ibu kota Indonesia minggu lalu, meragut kira-kira 26 nyawa dan menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal.
Pemiutang kerajaan Bank Negara Indonesia (BNI) berkata ia mengalami kerugian Rp6.4 bilion (RM2 juta) akibat banjir apabila beberapa kemudahan operasinya rosak.
Pemiutang kerajaan Bank Negara Indonesia (BNI) berkata ia mengalami kerugian Rp6.4 bilion (RM2 juta) akibat banjir apabila beberapa kemudahan operasinya rosak.
Kerugian akibat operasi cawangan yang terjejas dianggarkan berjumlah Rp5.3 bilion (RM1.65 juta) manakala Rp1.1 bilion (RM343,906) berpunca daripada kerosakan di mesin pengeluaran wang automatiknya (ATM).
Setiausaha Korporat BNI Tribuana Tunggadewi berkata, berdasarkan laporan dalaman sehingga Jumaat lalu ada 47 cawangan bank dan 134 unit ATM rosak akibat banjir.
Kerugian di cawangan itu akibat kerosakan harta benda termasuk perabot yang terendam di dalam air. Kami sudah menginsuranskan mesin ATM yang rosak, jadi wang pelanggan masih selamat, katanya.
Satu lagi pemiutang besar, Bank Pusat Asia (BCA) berkata Jumaat lalu ia terpaksa menggantung operasinya di 40 cawangan akibat banjir.
Setiausaha Korporat di BCA Inge Setiawati, berkata 40 cawangan itu terjejas akibat banjir termasuk satu di Thamrin, Bendungan Hilir, Sabang, Kelapa Gading, Angke dan Grogol Permai.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kepada pelanggan bahawa semua perkhidmatan online bank seperti perbankan internet (klikBCA) dan perbankan bergerak (m-BCA), masih boleh dilayari. Inge tidak mendedahkan anggaran kerugian akibat banjir.
Pengarah Eksekutif Persatuan Insurans Am Indonesia, Julian Noor, berkata kelmarin bahawa anggaran tuntutan insurans akibat banjir tahun ini mungkin melebihi angka kira-kira Rp15 trillion (RM4.72 bilion) untuk kawasan besar Jakarta pada 2007, apabila banjir besar melanda ibu kota ini.
Tahun ini, banjir agak buruk kerana ia melanda kawasan Thamrin dan bulatan Hotel Indonesia. Ada juga banjir berlarutan di Pluit, katanya, merujuk sebuah daerah di Jakarta Utara.
Julian tidak dapat menyediakan satu laporan tuntutan segera insurans untuk banjir terkini.
Mungkin minggu depan, katanya.
0 komen:
Catat Ulasan