0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

130 artis dapat bantuan

| Isnin, 4 Februari 2013

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Sebanyak 130 artis veteran bakal menerima bantuan sebanyak RM2,000 seorang di bawah Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) di mana majlis penyerahannya akan berlangsunug esok.Ahli Jawatankuasa YA1M, Nancy Foo berkata, ia adalah bantuan kedua YA1M kepada para artis berusia 60 tahun dan ke atas yang diberikan kepada mereka yang tidak tersenarai pada majlis penyampaian bantuan itu, 14 Januari lalu.
 
Sumbangan diberi kepada artis yang layak tanpa mengira kaum. Untuk pemberian kali kedua ini, seramai 130 artis akan menerima bantuan wang tunai berjumlah RM2,000 setiap seorang.
Bantuan ini diberikan memandangkan musim perayaan Tahun Baharu Cina yang semakin hampir, dan ia boleh digunakan sebagai persediaan menyambut perayaan itu," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
 
Menurut Nancy, antara artis veteran yang bakal menerima bantuan itu ialah Fauziah Nawi, Zulkifli Zain, Datuk David Arumugam, Lai Lee Yun dan Lee Tian Soo.
Majlis penyerahan bantuan itu akan diadakan di Dewan Kedah, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pukul 3 petang, esok.

0 komen:

Catat Ulasan