SEREMBAN: Negeri Sembilan kini boleh berbangga kerana menjadi negeri pertama memiliki padang bola sepak rumput tiruan di negara ini selepas rumput tiruan jenis 'fieldturf' siap dipasang di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata padang bola sepak rumput tiruan bertaraf antarabangsa itu, melengkapkan lagi kemudahan sedia ada di kompleks itu untuk orang ramai bersukan dan beriadah.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata padang bola sepak rumput tiruan bertaraf antarabangsa itu, melengkapkan lagi kemudahan sedia ada di kompleks itu untuk orang ramai bersukan dan beriadah.
"Kos untuk membina padang rumput tiruan ini berjumlah RM2.5 juta. Padang bola sepak rumput tiruan ini akan dibuka untuk kegunaan orang ramai mulai 1 Mac ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, padang rumput tiruan yang diguna itu mendapat akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan sesuai diguna untuk pertandingan antarabangsa.
Mohamad berkata, kos penyelenggaraan padang rumput tiruan itu lebih murah berbanding padang rumput asli.
"Padang yang kita bangunkan ini mempunyai tahap kepudaran yang rendah iaitu 15 tahun penggunaannya, cuma lima peratus kepudaran dikesan dan boleh digunakan dalam apa juga keadaan cuaca, sama ada panas atau hujan," katanya.
Kompleks Belia dan Sukan Paroi menyediakan kemudahan pelbagai jenis sukan secara komprehensif dan dianggap yang terbaik untuk dijadikan model di negara ini.
Antara kemudahan sukan yang disediakan di kompleks itu ialah ruang kepada umum untuk aktiviti sukan luar dan dalam bangunan seperti padang bola sepak, futsal, badminton, tenis, ping pong, sepak takraw, boling padang dan snuker.
0 komen:
Catat Ulasan