SAN FRANCISCO - Pengendali laman sosial Facebook kelmarin menyatakan, pihaknya kini membenarkan pengguna untuk membayar bagi memastikan mesej yang dihantar oleh rakan mereka mendapat lebih banyak perhatian.
Ciri itu akan diaplikasikan di seluruh dunia, kurang empat bulan selepas Facebook membolehkan pelanggannya membayar bagi memastikan status peribadi penting dilihat oleh rakan-rakan mereka.
"Kini, selain mempopularkan status anda sendiri, pengguna juga boleh mempromosikan status rakan seperti aktiviti mengumpul dana atau pengumuman mengenai apa jua sambutan," kata Facebook.
Antara status yang popular untuk dipromosikan adalah usaha rakan mengumpul dana bagi tujuan kebajikan, berpindah ke bandar baru, naik pangkat atau tamat belajar di universiti.
Ciri itu hanya boleh digunakan oleh individu yang mempunyai kurang 5,000 orang rakan dalam Facebook.
Facebook kini dilihat giat mencari jalan untuk menjana pendapatan selepas prestasi dalam pasaran saham kurang memberangsangkan
0 komen:
Catat Ulasan