Maxis Bhd menjadi penyedia perkhidmatan telekomunikasi pertama negara ini yang menawarkan pakej data percuma tanpa had bagi menggunakan laman web dan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter dan Whatsapp.
Ia susulan pelancaran pelan prabayar edisi media sosial, Hotlink Social Edition yang menawarkan kos panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) serta perkhidmatan internet laman sosial media tanpa had pada harga kompetitif.
Ia susulan pelancaran pelan prabayar edisi media sosial, Hotlink Social Edition yang menawarkan kos panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) serta perkhidmatan internet laman sosial media tanpa had pada harga kompetitif.
Ketua Pegawai Operasi Bersamanya, Suren J Amarasekera, berkata pelan itu diperkenal selaras arah aliran penggunaan data mudah alih di negara ini yang tertumpu kepada media sosial.
Yakin terima sambutan
"Kami yakin bahawa pelan prabayar ini akan menerima sambutan memberangsangkan daripada pasaran pelan telekomunikasi prabayar di negara ini berikutan pelbagai manfaat yang akan diperoleh pengguna.
"Dalam masa terdekat, kami menjangkakan pengukuhan jenama Hotlink dan akan memerhatikan maklum balas pemain telekomunikasi lain dalam memastikan penawaran kami kekal relevan dengan pelancaran lebih banyak perkhidmatan inovatif pada masa depan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Hotlink Social Edition di Kuala Lumpur, semalam.
Turut hadir Ketua Produk Mudah Alih dan Perkhidmatan Antarabangsa, Jeff Chong dan Ketua Wilayah Tengah Maxis Berhad, Christopher Chua.
Pelan prabayar baru itu turut menawarkan kuota data 1GB daripada jam 2 pagi hingga 7 pagi menerusi Hot Ticket berharga RM10.
"Bagi panggilan dan SMS, pelan ini menawarkannya harga rendah terutama mulai jam 2 pagi hingga 7 pagi, sesuai dengan trend generasi muda kini yang gemar berbual dengan teman pada lewat malam," kata Chong.
Secara purata, setiap rakyat Malaysia menghabiskan satu pertiga daripada masa mereka untuk berhubung teman menerusi laman atau aplikasi sosial, menjadikan Malaysia antara senarai teratas penggunaan media sosial di dunia.
Kini, 46.9 peratus daripada 28.5 juta rakyat negara ini mempunyai akaun Facebook dan dua juta mempunyai Twitter daripada hanya 3,000 akaun pada 2008.
Suren berkata, pakej kad sim prabayar itu sudah berada di pasaran mulai hari ini dan pengguna pelan prabayar Hotlink sedia ada hanya perlu membeli Hot Ticket untuk memanfaatkan pelan baru itu
0 komen:
Catat Ulasan