0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Merokok lepas bangun tidur tingkat risiko barah paru-paru

| Selasa, 2 April 2013

WASHINGTON: Perbuatan merokok sebaik bangun tidur pada waktu pagi meningkatkan risiko diserang barah paru-paru, menurut kajian baru.

"Kami mendapati perokok yang merokok sebaik bangun tidur mempunyai paras bahan kimia tembakau dikenali NNK adalah lebih tinggi di dalam darah perokok jika mereka merokok sebaik bangun tidur," kata profesor kesihatan biotabiat, Steven Branstetter, dari Universiti Pennsylvania State.
Beliau kimia NNK akan menghasilkan sejenis lagi bahan kimia dikenali NNAL apabila seseorang merokok. Paras NNAL dalam darah boleh digunakan untuk meramalkan risiko barah paru-paru pada tikus selain manusia.


Menurut Branstetter, penyelidikan lain menunjukkan NNK mendorong pertumbuhan tumor paru-paru pada beberapa spesies tikus.

Di samping itu, paras NNAL stabil dalam perokok dari semasa ke semasa dan ukuran tunggal boleh menunjukkan dengan tepat pendedahan individu.

Branstetter dan rakannya, Joshua Muscat, yang juga profesor sains kesihatan umum, memeriksa data mengenai 1,945 perokok dewasa daripada Tinjauan Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Negara yang memberikan contoh air kencing bagi analisis NNAL.

Peserta juga memberikan maklumat mengenai tabiat merokok, termasuk berapa cepat mereka merokok selepas bangun tidur.
Penyelidik mendapati kira-kira 32 peratus peserta yang diperiksa memulakan tabiat itu dalam masa lima minit selepas bangun; 31 peratus dalam masa enam hingga 30 minit; 18 peratus dalam masa 31 hingga 60 minit dan 19 peratus mula merokok lebih sejam selepas bangun.

Di samping itu, penyelidikan juga mendapati paras NNAL dalam darah peserta berkait rapat dengan usia peserta, umur mereka mula merokok, jantina dan sama ada perokok lain tinggal di rumah mereka, antara faktor lain.

"Paling penting, kami mendapat paras NNAL tertinggi di kalangan perokok yang merokok sebaik bangun tidur, tidak kira kekerapan merokok dan tfaktor lain yang meramalkan kepekatan NNAL.

0 komen:

Catat Ulasan