0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Siasat Red Warriors - kenapa tak nak turun kesebelahan utama Hodak?

| Rabu, 24 April 2013

Putrajaya: Bojan Hodak kini mungkin menjadi sasaran kecaman peminat setia The Red Warriors sebagai antara punca kekalahan teruk kepada Maziya FC dalam saingan Piala AFC, kelmarin.

Hakikat itu makin terpancar selepas apa disuarakan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, semalam yang mengaitkan antara sebab skuad Negeri Cik Siti Wan Kembang itu menderita kerana tindakan ketua jurulatih itu tidak menurunkan kesebelasan utama.
Sehubungan itu, persatuan negeri itu menubuhkan satu jawatankuasa khas diketuai Datuk Rosmadi Ismail bagi menyiasat punca sebenar kekalahan memalukan 6-1 itu kepada wakil dari Maldives itu di gelanggang lawan.


Annuar berkata walaupun Kelantan tidak memerlukan kemenangan untuk layak ke pusingan seterusnya namun kekalahan besar itu amat memalukan dan tidak harus berlaku.

Peminat TRW marah

Walaupun kami mungkin tidak memerlukan kemenangan kerana sudah layak ke pusingan seterusnya dan jurulatih bertindak merehatkan ramai pemain utama, namun untuk melepaskan lima gol dalam masa 45 minit harus disiasat, katanya dalam satu kenyataan menerusi facebook beliau di sini, semalam.

Antara pemain utama yang tidak diturunkan termasuk Obina Nwaneri, Dikson Nwakene, Faiz Subri dan Indra Putra Mahyuddin manakala Badri Radzi atau Piya hanya dimasukkan Hodak selepas Kelantan ketinggalan 3-1.
Kelantan juga terpaksa bermain 10 orang selepas pemain pertahanan Mohd Zamri Ramli dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari pemain lawan ketika kedudukan terikat satu-satu di babak pertama, katanya.

Kekalahan memalukan itu turut mengundang rasa tidak puas hati dan mencetuskan rasa marah peminat TRW sehingga ada di kalangan mereka mendesak KAFA menggantung atau memecat Hodak selepas prestasi ala yo-yo Kelantan pada musim 2013.

0 komen:

Catat Ulasan