BARCELONA 2 Mei - Gergasi Jerman Bayern Munich mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara untuk kali ketiga dalam tempoh empat tahun selepas membenam Barcelona 3-0 untuk mencatat agregat besar 7-0 pada aksi separuh akhir kedua di Nou Camp pagi ini.
Ketiadaan Lionel Messi yang masih dibelenggu kecederaan dalam kesebelasan utama Barca menutup peluang tuan rumah untuk mencipta kebangkitan sebelum sepak mula lagi.
Sebaliknya, Bayern yang bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan empat gol membuktikan mereka terlalu hebat di atas padang.
Arjen Robben membuka jaringan buat pelawat dengan rembatan kencang kaki kiri sebaik bersambung babak kedua, sebelum Gerard Pique menyumbat gol sendiri Barca dan Thomas Muller melengkapkan gol ketika menerusi tandukan ketika perlawanan berbaki 20 minit untuk ditamatkan.
Kemenangan Bayern bermakna mereka akan bertarung dengan sebuah lagi kelab dari Jerman, Borussia Dortmund yang menewaskan Real Madrid dengan kiraan agregat 4-3, semalam.
Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Wembley pada 25 Mei ini
0 komen:
Catat Ulasan