Shah Alam: Bapa kepada tujuh anak, Mior Yazid Ahmad, 44, muncul juara Kilauan Emas Musim Ketiga (KE3), sekali gus menewaskan tiga pesaing terdekat pada pertandingan akhir di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.
Kelantangan vokal serta persembahan meyakinkan melayakkannya membolot ganjaran utama bernilai hampir RM150,000, berupa wang tunai RM50,000 dan kereta Nissan Livina X-Gear.
Kelantangan vokal serta persembahan meyakinkan melayakkannya membolot ganjaran utama bernilai hampir RM150,000, berupa wang tunai RM50,000 dan kereta Nissan Livina X-Gear.
Mior Yazid membawakan lagu Purnama nyanyian asal Search bersama dendangan baru berjudul Sampai di Sini ciptaan Adnan Abu Hassan. Dia yang bekerja sebagai mekanik turut menerima Anugerah Khas Juri berupa wang tunai RM5,000.
Idris naib johan
Sementara itu, Idris Mohd Shabidin, 51, pula menjulang trofi naib juara yang membolehkannya menerima wang tunai RM30,000, manakala ketiga dimenangi Silahuddin Ali, 52, membawa pulang wang tunai RM15,000.
Bagaimanapun, seorang lagi finalis, Alina Hassan, 45, terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila menduduki tangga ke empat.
Datuk Shake jadi juri
Pertandingan nyanyian realiti membabitkan peserta 40 tahun ke atas itu menggunakan 70 peratus pemarkahan juri profesional manakala bakinya daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton.
Selain juri tetap, Datuk Ramli MS dan Ziana Zain, malam kemuncak turut diadili juri undangan, Datuk Shake.
Sejak cabaran bermula April lalu, seramai 10 peserta pilihan berdepan cabaran selama 10 minggu, namun selepas saringan hanya Mior Yazid, Alina, Silah serta Idris yang mara ke peringkat akhir.
KE3 disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (Saluran 105) dan ditayangkan serentak di saluran 134 Astro Mustika HD selama dua jam bermula 9.30 malam
0 komen:
Catat Ulasan