0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Al-fatihah untuk seniwati Latifah Omar

| Ahad, 9 Jun 2013

KUALA LUMPUR - Seniwati legenda filem Melayu, Latifah Omar meninggal dunia selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini petang semalam.
Pelakon veteran yang berusia 74 tahun itu dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam Kampung Baru sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah Khamis lalu.
Menurut anak sulung Allahyarham, Affendi Rahmat, 55, doktor yang merawat ibunya memaklumkan bahawa usus ibunya bengkak dan tersumbat serta perlu dibedah segera.
"Pembedahan yang dilakukan hari ini (semalam) cuba menstabilkan keadaan ibu saya tetapi ia tidak berjaya. Ibu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.19 petang," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Al-Khairiah AU3, Keramat di sini malam tadi

0 komen:

Catat Ulasan