Kesukaran menghidupkan enjin selepas ia panas berpunca daripada pelarasan karburetor yang kurang tepat atau suapan bahan api yang kurang baik daripada sistem pancitan.
Ia juga berpunca daripada komponen elektrik seperti gegelung utama yang mengeluarkan percikan api kurang baik atau masalah motor penghidup mengalami kehausan karbon sesentuh.
Periksa komponen asas enjin seperti palam pencucuh dan juga penapis udara anda dalam keadaan baik sebelum melakukan pemeriksaan lanjut.
Cuba bandingkan bunyi kelajuan motor penghidup anda dan jika dirasakan ia berputar perlahan berbanding kereta rakan yang sama model, mungkin wajar membaik pulih komponen itu.
Jika tiada masalah dengan motor penghidup, ia mungkin gegelung utama palam pencucuh yang sampai ke hujung hayat.
0 komen:
Catat Ulasan