Andai melihat sifat luarannya, siapa sangka aktor pujaan ramai, Johnny Depp, punya sisi halus yang terserlah menerusi hobinya. Jangan terkejut andai dikatakan bintang Lone Ranger itu suka mengumpul koleksi anak patung edisi terhad.
Barangkali ramai menyangka deretan anak patung itu ialah milik anaknya, Lily-Rose Melody Depp, namun mustahil gadis berusia 14 tahun masih cenderung terhadap anak patung.
Barangkali ramai menyangka deretan anak patung itu ialah milik anaknya, Lily-Rose Melody Depp, namun mustahil gadis berusia 14 tahun masih cenderung terhadap anak patung.
Lebih menarik, bintang yang kini menjalin hubungan dengan pelakon seksi, Amber Heard, bukan menyimpan patung beruang atau figura yang lebih menonjolkan sisi lelaki sebaliknya koleksi Barbie termasuk pasangannya, Kent.
Andai dihitung, berpuluh-puluh patung termasuk edisi terhad dijaga dengan rapi, malah tanpa berselindung dia mengakui sesekali bermain anak patung itu dengan anaknya.
0 komen:
Catat Ulasan