0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Russia lancar kapal selam nuklear terbarunya

| Khamis, 10 Januari 2013

MOSCOW: Russia melancarkan kapal selam kelas baru di mana ia adalah bagi melaksanakan operasi strategik nuklear dan Presiden Vladimir Putin berikrar untuk meningkatkan kekuatan angkatan tentera lautnya.

Putin yang memulakan penggal enam tahunnya pada Mei 2012 memberikan penekanan bahawa Russia melihat senjata nuklear adalah sumber keselamatan yang penting dan akan terus membima kekuatan di laut selepas episod 1991 menyaksinya lemah.
Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu melaporkan Putin mula mengarahkan pembinaan kapal selam kelas Borei yang memiliki keupayaan nuklear, Yuri Dolgoruky pada 1996, dan kini sudah memulaka operasinya selepas siap dibina.

Kapal selam itu direka dengan keupayaan membawa 16 Peluru Berpandu Balistik Antara Benua (ICBM), iaitu jenis baru yang dikenali Bulava. - Reuters

0 komen:

Catat Ulasan