0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Maut dirempuh kereta api laju

| Ahad, 3 Februari 2013

Albuquerque (New Mexico): Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mati dirempuh kereta api laju Amtrak ketika dia melintas landasan sambil mendengar muzik.
Polis berkata, Jose Angel dia mendengar konduktor membunyikan hon, kerana dia memakai fon kepala ketika berjalan pulang dari Sekolah Tinggi Bernalillo di sepanjang landasan kereta api bersama dua kawannya.

Rakannya dan saksi lain melaporkan melihat Angel berjalan atas landasan tanpa menyedari sebuah kereta api menuju ke selatan muncul dengan kelajuan 112 kilometer sejam, lapor Albuquerque Journal. Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.15 petang menemui mayat mangsa dekat Valle Avenue dan Oak Street, kawasan antara dua laluan umum lintasan kereta api.
Polis menemui serpihan fon kepala dalam telinga mangsa dan iPod di tempat kejadian.

Ketua Polis Bernalillo, Julian Gonzales dilaporkan berkata: "Saya rasa mesej kejadian ini untuk semua remaja ialah: Lihat kedua-dua arah sebelum melintas sama ada di jalan raya atau landasan kereta api." Kereta api terbabit dalam perjalanan ke arah selatan menuju Albuquerque ketika ia merempuh mangsa. Ia meneruskan perjalanannya kira-kira sejam kemudian.

0 komen:

Catat Ulasan