Demam Anugerah K-Pop khususnya Pop Golden Disk Awards Ke-27 di Sepang, Selangor, baru saja sembuh. Namun, di situ ramai yang kecewa kerana artis Korea yang paling mencetuskan fenomena, Psy, tidak dapat hadir. Namun, acara itu tetap meriah dan rakan SS yang membuat liputan pun khabarnya sa–ngat terhibur.
Kini kekecewaan peminat untuk melihat Psy bakal terubat apabila dia dilaporkan akan datang ke Malaysia bukan untuk majlis anugerah, sebaliknya menjayakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada 11 Februari ini.
Apa yang SS difahamkan, Psy akan membuat kemunculan khas di majlis itu yang akan berlangsung di Sekolah Tinggi Han Chiang, Georgetown pada sebelah siang bermula 1 te–ngah hari.
Wah, tentunya berita ini menggembirakan semua peminat Psy di seluruh Malaysia. Nampaknya peminat yang duduk jauh kenalah memandu ke Pulau Mutiara atau naik kenderaan awam seperti bas, kereta api atau kapal terbang.
Wah, tentunya berita ini menggembirakan semua peminat Psy di seluruh Malaysia. Nampaknya peminat yang duduk jauh kenalah memandu ke Pulau Mutiara atau naik kenderaan awam seperti bas, kereta api atau kapal terbang.
Jangan lupa, kalau ikut laluan darat, semua kenalah melintas Jambatan Pulau Pinang dulu atau naik feri ke sana.
SS yakin ramai peminat tidak sabar-sabar melihat Psy menyampaikan lagu–nya, Gangnam Style yang mencetuskan fenomena tarian kuda di seluruh dunia sehingga superstar Madonna pun pernah mengundang Psy membuat persembahan dengannya tidak lama dulu.
Khabarnya, artis sensasi Malaysia, Shila Amzah yang baru pulang dari Shanghai juga diundang menjayakan majlis yang dijangka meriah itu.
Bagi SS, memang sesuailah Shila diundang membuat persembahan bagi sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang kali ini kerana dia semakin popular di kalangan masyarakat Cina. Tentu Shila boleh menyanyikan lagu Gong Xi, Gong Xi dengan ceria dan bersahaja.
Jadi bagi semua peminat Psy dan Shila, jangan lupa tarikh 11 Februari ini.
0 komen:
Catat Ulasan