Kuala Lumpur: Sikap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang hanya 'berdiam diri' apabila diajukan soalan berkenaan duit penajaan Liga Malaysia berjumlah RM30 juta setahun, mengundang lebih banyak tohmahan kepada badan induk bola sepak negara itu.
Timbalan Presiden FAM yang digantung, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini menimbulkan persoalan berkenaan pengurusan dana tajaan Astro bernilai RM120 untuk tempoh empat tahun bermula musim 2011.
Timbalan Presiden FAM yang digantung, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini menimbulkan persoalan berkenaan pengurusan dana tajaan Astro bernilai RM120 untuk tempoh empat tahun bermula musim 2011.
Annuar yang turut terbabit dalam perbincangan mendapatkan tajaan berkenaan ketika menjadi pengerusi Malaysian Super League (MSL) sebelum dia digantung dua tahun setengah April tahun lalu, seharusnya tahu butiran perbelanjaan FAM.
"Annuar selaku Timbalan Presiden sepatutnya tahu jumlah perbelanjaan FAM dalam setahun," kata salah seorang bekas pegawai FAM yang enggan didedahkan namanya.
"Tetapi ada baiknya dia menimbulkan persoalan itu kerana rakyat patut tahu.
"Yang menjadi masalah sekarang, apabila FAM berdiam diri, pelbagai tohmahan timbul menyebabkan reputasi badan induk bola sepak negara itu tercalar. Jika tidak ada apa yang hendak disorok, lebih baik dijelaskan saja."
0 komen:
Catat Ulasan