0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Toyota panggil balik model Prius

| Rabu, 5 Jun 2013

Tokyo: Toyota Motor Corp memanggil semula kira-kira 242,000 unit kenderaan hibrid keluarannya di seluruh dunia termasuk model terlaris Prius, berikutan kecacatan dalam rekaan brek. Toyota berkata, syarikat itu memanggil balik model Prius keluaran antara Mac hingga Oktober 2009 dan Lexus HS 250h yang dikeluarkan antara Jun hingga Oktober 2009, kata jurucakap Toyota, Shino Yamada dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Kenderaan yang dipanggil balik mungkin menghadapi masalah jarak berhenti lebih jauh sebaik injak brek ditekan disebabkan kecacatan dalam rekaan komponen brek, kata Yamada.


Masalah brek

Komponen berkenaan, yang mengumpul tekanan brek, boleh retak selepas beberapa lama digunakan dan menyebarkan gas nitrogen ke dalam bendalir brek.
Bagaimanapun, belum ada kemalangan atau kematian dilaporkan berikutan kecacatan rekaan komponen berkenaan.

Toyota kini memanggil balik 113,550 model Prius di Jepun manakala 81,570 unit di Amerika Syarikat serta 5,030 unit model HS 250h.
Toyota akan menggantikan komponen berkenaan dengan yang baru dan akan mengambil masa tiga jam untuk dipasang, kata Yamada.

Pada 2010, Toyota yang juga peneraju dalam teknologi kenderaan hibrid, janaan minyak dan elektrik, memanggil semula 433,000 unit kenderaan hibrid termasuk Prius dan HS 250h disebabkan masalah perisian brek

0 komen:

Catat Ulasan