0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

AS sedia balas serangan siber

| Khamis, 21 Februari 2013

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) memberi amaran menyerang balas terhadap China yang didakwa melakukan serangan siber terhadap negara itu bertujuan untuk mencuri sejumlah besar data kerajaan AS dan rahsia perdagangan.

Jurucakap Rumah Putih berkata, tindakan itu dilakukan selepas mendapat pengesahan daripada laporan penyiasatan yang dilakukan oleh firma Mandiants.

"Kesemua penggodam itu mempunyai kaitan dengan Tentera Pembebasan Rakyat China yang dikawal dari Beijing," katanya.

Menurutnya, kumpulan penggodam dikenali sebagai APT1 dipercayai mempunyai rangkaian dengan unit tentera berkenaan.

"Kami percaya APT1 melakukan pengintipan sejak sekian lama kerana menerima sokongan daripada kerajaan sendiri," katanya.

Beliau berkata, menurut laporan, tiga daripada penggodam itu didakwa memaparkan gambar satu unit bangunan tentera di Shanghai.

"Ini menguatkan lagi proses mengenal pasti identiti penggodam tersebut," katanya.

Sementara itu, China bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tuduhan itu sebagai tidak berasas.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, tuduhan itu tidak kukuh kerana tidak mempunyai bukti teknikal dan hanya bergantung kepada penggunaan alamat IP

0 komen:

Catat Ulasan