0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Kenapa Stadium BUkit Jalil di tutup?

| Khamis, 6 Jun 2013

Kuala Lumpur: Perlawanan akhir Piala Malaysia bakal menjadi kejohanan terakhir berlangsung Stadium Nasional, Bukit Jalil musim ini sebelum ditutup mulai Oktober ini untuk kerja menaik taraf padang yang dijangka memakan masa selama enam bulan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keadaan padang di stadium itu tidak lagi menepati standard antarabangsa dan sudah tiba masanya bagi menggantikan padang sedia ada untuk memenuhi standard kejohanan dunia.
"Biarpun keadaan padang yang tidak berapa elok, masih ada pasukan yang berminat untuk bermain di sini dengan Barcelona dan Chelsea tetap akan datang ke sini, " katanya selepas melawat Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.


Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris dan La Liga Sepanyol itu dijadualkan beraksi Stadium Nasional menentang skuad kebangsaan pada Ogos ini.

"Tetapi apa pun, reputasi kita mungkin terjejas. Sebelum ini beberapa pasukan luar yang bermain di sini seperti Brazil ada mengadu mengenai keadaan padang dan ini memalukan kita kerana itu stadium utama di negara ini," kata Khairy.

Kos belum ditentukan

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Datuk Jamil Salleh berkata, kos kerja menaik taraf keseluruhan padang itu belum ditentukan kerana bergantung kepada jenis rumput dan kerja pemasangan nanti.
"Mungkin kita akan mengadakan peraturan tidak membenarkan aktiviti lain selain bola sepak di Stadium Nasional. Kami juga akan menggunakan rumput biasa yang baik kualitinya, bukan lagi rumput sintetik," katanya.

Rumput jenis 'Bermuda' yang digunakan di stadium itu pernah ditukar kepada jenis 'Marimo Paspalum' pada 2005 sebelum ditutup pada 2006 untuk baik pulih menjelang Kejohanan Bola Sepak Piala Asia pada Julai 2007.

Ketika melawat Hall of Fame (Dewan Kemasyuran), Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Khairy melahirkan rasa kagum atas inisiatif diambil yayasan itu membela nasib bekas atlet kebangsaan dan melihatnya sebagai medium paling relevan mengiktiraf sumbangan mereka.

Beliau turut mewakili YAKEB menyampaikan sumbangan insurans berjumlah RM31,000 kepada Noriza Md Zain, isteri bekas pemain sepak takraw kebangsaan, Allahyarham Rasid Yahya yang meninggal dunia pada Mac lalu.

0 komen:

Catat Ulasan