0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Kisah mama vogue Dynas

| Ahad, 2 Jun 2013

PENAMPILANNYA masih sama seperti dulu. Masih bergaya dan vogue. Begitulah kehidupan Dynas Mokhtar walaupun sudah bergelar ibu kepada dua anak.
Sekalipun ada yang menyifatkan zaman kegemilangan Dynas sudah berakhir, pelakon bernama penuh Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar masih lagi aktif berlakon dan menguruskan perniagaan, Dynas Nursing Attire (DNA).
Rupanya banyak pengorbanan yang dilakukan Dynas bagi mengimbangi keluarga dan kerjaya.
Dalam perihal pemakanan misalnya, Dynas bukan sahaja memastikan diet yang sihat untuk dirinya, dia turut mendidik dua anaknya, Khyra Khalyssa, dan Muhamed Haqaish tentang pilihan makanan yang baik.
Dynas menyusukan Khyra dan Haqaish secara eksklusif dan Dynas mahu menggalakkan ibu-ibu di luar sana untuk menyusukan anak secara eksklusif sekurang-kurangnya selama enam bulan.
Susu ibu adalah makanan yang berkhasiat untuk anak-anak anda," ketika ditemubual tentang kempen Mums Little Secret oleh Jacobs.
Bagi memastikan anak-anaknya mendapat makanan seimbang, Dynas akan menghidangkan makanan yang menarik. Misalnya, untuk menyediakan nasi berlauk, Dynas akan menyusun sayur dan lauk yang lain dengan cantik dan berwarna-warni.
Katanya, walaupun hanya menghidangkan biskut Jacobs, Dynas akan pastikan ada bahan lain yang menarik seperti jem merah strawberi atau dihidangkan bersama sup cendawan.
Walaupun sibuk dengan kerja, saya akan pastikan menu yang saya hidangkan adalah sihat. Sebagai ibu bapa kita perlu memulakannya, barulah anak-anak boleh mencontohi," ujarnya.
Ditanya tentang penjagaan bentuk badannya, Dynas memberitahu, aktiviti menjaga anak-anak dan menguruskan hal rumah tangga banyak membantunya berpeluh.
Bahkan dia seperti melakukan aktiviti senaman tatkala bermain dengan anak-anaknya.
Pun begitu, Dynas tetap mengutamakan makanan sihat dan senaman untuk kekal cergas.
 

0 komen:

Catat Ulasan