0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Almera dapat sambutan

| Rabu, 27 Februari 2013

Pengedar kereta jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) yakin model sedan yang diperkenalkan, Almera berada di landasan terbaik untuk menjadi kereta ikon di negara ini berdasarkan lebih 15,000 tempahan telah diterima sehingga 31 Januari lalu.
Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Ang Bon Beng berkata, pihaknya gembira dengan perkembangan tersebut serta minat yang berterusan rakyat negara ini terhadap Almera.
"Walaupun pembeli kereta mempunyai banyak pilihan di pasaran, kami benar-benar berbesar hati kerana mereka memilih Almera.
 
"Ini merupakan petunjuk kukuh mengenai keyakinan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu lagi, Almera yang bermula pada harga serendah RM66,800 sebuah membolehkan pemiliknya merasai ciri-ciri teknologi premium dan keluasan ruang yang biasanya didapati pada kenderaan premium.
Almera baru-baru ini dinamakan sebagai penerima anugerah Best Value for Money Passenger Car 2012 pada Autoworld Car of the Year Awards 2012 (COTY).
Model itu turut dianugerahkan Jenama Paling Diutamakan (Most Preferred Brand) oleh The BrandLaureate-Master Awards 2012-2013

0 komen:

Catat Ulasan