GROUPON Malaysia bekerjasama bersama OCR Land Holdings bagi menawarkan tawaran hartanah istimewa untuk bandar vila mewah, Canary Residence di Cheras Hartamas yang bakal dibuka pertengahan 2015.
Terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, Canary Residence mempunyai 66 rumah mewah empat tingkat dan tiga tingkat serta dilengkapi kemudahan rumah kelab.
Pengurus Besar Groupon Malaysia Rafiq Razali berkata, pihaknya akan terus menyediakan tawaran terbaik kepada pelanggan dalam usaha mengukuhkan kedudukan sebagai platform e-dagang utama di Malaysia.
"Tawaran hartanah Groupon sebelum ini terbukti sesuatu yang popular dalam kalangan pelanggan kerana menyediakan peluang menarik yang dapat memberi manfaat kepada nilai pasaran hartanah.
"Kami akan terus meneroka potensi untuk tawaran hartanah lain pada platform sosial e-dagang ini," katanya.
Sementara itu, Pengurus Jualan dan Pemasaran OCR Land Holdings berkata, penglibatan atas talian kini menjadi antara cara berkesan untuk mendekati bakal pembeli.
Tawaran terbaru Groupon itu membolehkan pembeli membeli baucar tunai RM15,000 pada harga RM1,500. Baucar itu juga memberi peluang kepada pembeli untuk menikmati rebat tambahan yang ditawarkan pemaju hartanah di mana pembeli akan mendapat faedah daripada Skim Pembayaran Balik serta yuran guaman percuma.
Baucar itu sah untuk pembayaran bagi lot tengah dan hujung berharga antara RM1,195,800 sehingga RM1,674,800 dalam tempoh penebusan bermula 15 Februari hingga 15 Mei.

0 komen:
Catat Ulasan