0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Tempoh visa umrah dihad 14 hari

| Isnin, 10 Jun 2013

Kuala Lumpur: Berkuat kuasa semalam, tempoh visa untuk mengerjakan umrah dihadkan kepada 14 hari saja.
Peraturan baru itu turut menetapkan jemaah perlu mengesahkan visa mereka 14 hari selepas dikeluarkan, berlepas ke Makkah dalam masa 14 hari dan pulang selepas 14 hari.

Kita perlu memberikan kerjasama bagi memudahkan Kerajaan Arab Saudi membuat penambahbaikan kemudahan di sana. Kerajaan tidak akan menyekat mana-mana individu yang ingin mengerjakan umrah kerana ia adalah kehendak peribadi" Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Kementerian Haji Saudi membuat keputusan itu bagi mengurangkan kesesakan teruk di semua tempat penginapan, termasuk hotel bertaraf lima bintang selepas melakukan proses pembesaran kawasan tawaf di Masjidil Haram.

Sehubungan itu, umat Islam di negara ini yang bercadang mengerjakan umrah pada Ramadan nanti dinasihatkan merancang jadual perjalanan lebih teratur.

Tempoh mencukupi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tempoh baru itu mencukupi dan masih berada dalam lingkungan yang bersesuaian menyempurnakan umrah.
Wajar beri kerjasama

"Kita perlu memberikan kerjasama bagi memudahkan Kerajaan Arab Saudi membuat penambahbaikan kemudahan di sana.

"Kerajaan tidak akan menyekat mana-mana individu yang ingin ke sana (mengerjakan umrah) kerana ia adalah kehendak peribadi dan urusan perjalanan dibuat melalui agensi persendirian.

"Oleh itu, rancanglah perjalanan supaya ia tidak menjejaskan kerja ibadat dan menyusahkan diri sendiri, " katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Terpaksa ulang-alik

Sementara itu, Pengurus Operasi Rakyat Travel Sdn Bhd, Mohd Hisham Shaharudin berkata, peraturan baru itu tidak akan memberi kesan pada agensinya, tetapi berharap tempoh dua minggu itu tidak dikekalkan.

"Agensi kami tidak menggalakkan jemaah untuk menetap lama di sana kerana tempoh 14 hari sudah memadai, tapi ia bergantung kepada kemahuan dan kemampuan kewangan individu.

"Bagaimanapun, perkara ini tetap memberi kesan kerana ia menyusahkan petugas untuk ulang-alik dalam tempoh masa singkat, "katanya

0 komen:

Catat Ulasan