0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Penetapan pendapatan bersih jadi syarat pinjaman rumah, kereta

| Rabu, 3 Julai 2013

Penetapan pendapatan bersih sebagai syarat memohon pinjaman perumahan dan kenderaan adalah antara langkah diambil untuk mengawal kadar hutang isi rumah negara. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kadar hutang isi rumah negara yang ketika ini mencecah 83 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ia mesti dikawal supaya masyarakat tidak membawa pulang baki gaji yang terlalu rendah untuk perbelanjaan akibat bebanan hutang dan BNM sedang menelitinya," Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,Menteri Kewangan Kedua

Katanya, walaupun peratus itu tinggi, ia masih dalam kawalan dan belum pada tahap membimbangkan kerana kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) juga terkawal.

Keluar pekeliling

"Antara langkah diambil BNM (Bank Negara Malaysia) ialah mengeluarkan pekeliling kepada institusi kewangan mengarahkan ia mesti menggunakan prinsip pendapatan bersih untuk pinjaman perumahan atau kenderaan.

"Jika kita guna pakai pendapatan kasar dalam menilai permohonan, ia mungkin tinggi tetapi selepas ditolak perbelanjaan pendapatan bersih, ia mungkin jadi rendah.
"Justeru, BNM mengarahkan setiap institusi kewangan menggunakan pendapatan bersih," katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Kementerian Kewangan di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Sebahagian besar hutang isi rumah disumbang oleh pinjaman perumahan dan kenderaan, hutang kad kredit serta pinjaman peribadi.

Tumpu hutang kad kredit

"Kita akan tumpu pada hutang kad kredit dan pinjaman peribadi dalam memastikan hutang isi rumah terkawal kerana ia turut membabitkan sebahagian besar kakitangan awam.

"Ia mesti dikawal supaya masyarakat tidak membawa pulang baki gaji yang terlalu rendah untuk perbelanjaan akibat bebanan hutang dan BNM sedang menelitinya," katanya.

Dalam pada itu, Husni berkata, Kementerian Kewangan dalam proses mengadakan pertemuan dengan 15 kumpulan sasar berkaitan pelbagai perkara membabitkan Bajet 2014.

"Kita dimaklumkan ada 106 memorandum daripada pelbagai pihak setakat ini. Kita akan semak satu persatu dan ia turut diperhalusi dalam mesyuarat kumpulan fokus.

"Matlamat utama Belanjawan 2014 adalah untuk menurunkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus KDNK tahun lalu kepada empat peratus tahun ini.

"Dari segi pengurusan kewangan yang berhemat, kita akan memastikan nisbah hutang kepada KDNK tidak melebihi 55 peratus dan akan mengekalkan lebihan operasi,"

0 komen:

Catat Ulasan